Zati & Si Mawas

zatimawas

Zati dan Si Mawas, drama yang di siarkan di slot Lagenda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang bersiaran sebanyak 20 episod dan telah bermula pada 12 Mei lepas. Aku suka drama ni walaupun agak stereotaip dan memang sama macam cerita Beauty and The Beast cuma diolah ke dalam bentuk drama Melayu. Pengarahnya tak lain tak bukan Ahmad Idham yang memang terkenal dengan cerita-cerita seram dan fantasi. Idea dia pun boleh tahan dan sentiasa cuba membawa satu fenomena baru dalam dunia perfileman Melayu. Zati & Si Mawas ini dibintangi barisan pelakon baru dan lama seperti Lyana Jasmay, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Zarina AF, Ika AF, Cat Farish, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek, Enot, Hairee Othman, Den Wahab dan Farisha Ayu.

liyana1

Kisah bermula apabila terjalinnya persahabatan Iskandar dengan Zati (Lyana Jasmay) di kolej. Persahabatan tersebut telah menyebabkan  Zati dicemburui oleh kedua kakaknya iaitu Joey (Zarina AF)  dan Rina (Ika AF). Zati merupakan seorang yang malang kerana sering dibuli dan di peralatakan oleh kedua kakaknya (macam Cinderella la pulak hahaha), Ibu saudara Zati amat membencinya kerana kelahiran Zati telah menyebabkan kematian adiknya.

Tetapi malangnya Iskandar semasa baru dilahirkan telah di sumpah oleh nenek kebayan menjadi MAWAS. Iskandar akan berubah wajah dari seorang jejaka normal kepada seekor MAWAS dan tranformasi tersebut akan kekal selagi dia tidak menemui cinta sejatinya. Hanya cinta sejati yang dapat memulihkan diri Iskandar.

Bagi aku memang sangat stereotaip cerita ni dan tak lari langsung dari cerita Beauty and the beast. Apapun tetap ada elemen-elemen menarik seperti kekeluargaan,kasih sayang, kesetiaan dan keluhuran yang boleh dijadikan teladan bagi yang nak.

  1. Persoalan aku kat sini:
  2. Antara cinta dan rupa mana yang lebih penting?
  3. Kalau ditakdirkan korang dapat suami/isteri yang huduh tapi sangat baik hati adakah korang akan setia dan cintakan dia?
  4. wujud ke orang yang benar-benar ikhlas menyintai tanpa memandang paras rupa dan kekayaan?
credit to:jiwang.cc,Berita harian,http://nurlinajohans.blogspot.com,

http://www.liyanajasmay.com/,TV3
Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author