Tomok Menang Rm1juta?

Korang ada tak yang mengikuti One In A Million 3 (OIAM) di 8tv. Aku tak ikut sangat OIAM sebab tak berapa minat cuma ada sedikit shock about tomok yang hangat di perkatakan. Ramai orang cakap yang Tomok memang berbeza dari dulu yang seolah-olah lembik n tak mempunyai nilai komersial.Tapi sejak Tomok masuk OIAM ni memang dia sangat berubah n sering dapat pujian dari para juri kerana kemantapan persembahan dan vokal.

Tomok antara favourite untuk meraih Rm1juta dan memang dia telah buktikan dan berjaya sehingga ke final untuk berentap dia antara 3 peserta yang terhebat. So bagi yang kutuk-kutuk Tomok termasuk aku, bolehlah buka mata sikit. Aku secara peribadinya bangga juga dengan Tomok ni sebab dia ada motivasi diri yang kuat untuk mengubah diri. Tak ramai sebenarnya orang macam dia, ini memang kenyataan. Susah nak ada orang yang bersungguh-sungguh mengubah diri dari yang biasa-biasa kepada yang super biasa termasuk la diri aku.

Antara yang tinggal untuk merebut RM1juta ialah:

  • Tomok
  • Esther
  • Weera

Cuma nak tanya la pendapat korang, agak-agak bolehka or layakka Tomok menang Rm1juta.Final akan di adakan pada 1 mei 2009 (Jumaat) di 8TV. Undi jangan tak undi.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author