Terkenang semasa dulu part 1

Zaman sekolah merupakan zaman yang paling indah. Inilah ungkapan yang selalu di dengar dan di ucap termasukla aku. Zaman sekolahlah yang paling manis sebab tak perlu pikir apa-apa yang ada hanya nak berseronok dengan kengkawan. Pergi sekolah balik sekolah, duit mak abah kasi kadang2 abang-abang or kakak-kakak bagi. Aku dulu sekolah kalo dapat sehari 3 ringgit pun bersyukur n happy xtau nak cakap la. Sebab masa tuh tahun 90an memang segalanya murah, dengan dua ringgit boleh kenyang makan sebab masa tuh kalo nasi lemak limaposen dah cukup kenyang kalo singgit siap ada ayam goreng lagi.

Dengan dua ringgit aku boleh isi minyak moto aku n aku boleh ronda-ronda dengan kengkawan. Kalo isi 3 ringgit dah boleh pergi Penang pegi balik dari Sungai Petani. Aku tak ingat la harga petrol masa tuh tapi yang aku ingat dengan tiga inggit memang dah penuh tank EX-5 aku Cool kan. :P. Dulu masa aku form 4 n form 5 dalam tahun 94-95 memang selalu lepak ngan kengkawan time habis sekolah tapi kitaorg tak lepak cam budak-budak sekarang tapi kitaorg suka lepak kat sekolah. Kiranya sayang sekolah la. Selalunya kitaorg lepak dari time habis sekolah lebih kurang kul 1.30 sampai la pukul 3 petang.

Biasanya lepas balik umah kitaorg datang balik sekolah buat aktiviti syok sendiri. Tak kisah la apa pun kadang main bolasepak kadang takraw kadang-kadang dok sembang-sembang sampai maghrib then balik umah. Memang kepala masa tuh tak pikir lain la asyik pikir nak lepak ngan kengkawan ja. Sekolah tuh dah ibarat umah kitaorg. Budak-budak sekarang aku tak tau la pulak camna sebab time aku n kengkawan dulu memang kitaorg xde wat criminal cam budak-budak sekarang ni. Kitaorg lebih kepada prinisp friendly n tak amik pot hal orang lain.

Zaman persekolahan aku dah lama berlalu lebih kurang 13 tahun yang lalu tapi segala memori suka duka memang tak pernah hilang dalam kepala aku. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri bila kenang-kenang zaman kenakalan,kebodohan, dan keakraban dengan kawan-kawan dulu dan kadang-kadang adakalanya aku rasa sedih sebab terlalu cepatnya masa berlalu dan seolah-olah tak boleh di tahan-tahan. Memang berbeza sekali pergaulan dengan kawan-kawan aku dulu masa zaman sekolah berbanding sekarang maklumla semua dah ada karier n keluarga sendiri.

Kenangan masa form 5 yang paling indah la bagi aku. Aku dengan kengkawan memang sangat rapat n memang kami semua x pernah bergaduh kalo ada selisih faham sikit-sikit tuh ada la. Mustahil la manusia nak OK je setiap masa. Time form 5 juga la aku mula naik moto ke sekolah. Kadang-kadang aku naik EX-5 kadang-kadang naik moto kak aku Yamaha SS. Time dah masing-masing ada moto ni la kitaorg ada hobi lain pulak lepak kedai moto. Nama kedai moto favourite kitaorang Joo Ang. Terima kasih la untuk kawan aku amin sebab dia la yang promote kedai Joo Ang ni kat kitaorg. Modified moto sikit-sikit ni kira memang favourite kitaorg la. Masa tuh tengah gila ngan handle moto yang di klepek kononnya pengaruh cub prix la. Lampu depan belakang mesti gelap n foot rest mesti angkat bagi tinggi. Kalo yang pakai honda cub masa tuh memang famous la tukar carburetor CB, sebab nak bagi laju. Walhal tak laju mana pun. :). Yang paling best ada sorang kawan aku nama dia Sam, dia ni terlebih advance dari orang lain sebab orang lain bagi gelap lampu letak sticker or pakai jelaga pelita or lilin tapi dia pegi cat terus. Memang sangat pandai last-last terpaksa pecahkan lampu tuh.

Aku takde la modified sgt moto aku sebab EX 5 aku tuh bapak aku naik so setakat sikit2 tuh ada la. Side mirror masa tuh mana mau pakai. Kalo ada side mirror tak rugged so buka dua-dua belah. Ekzos pulak sapa paling bising dia la yang terer, lagi bising lagi otai la. Sampai ada moto kawan aku jaown dia punya ekzos bunyi macam helikopter. :). Lagi satu masa tuh zaman orang gila ngan Suzuki RG so semua simpan cita-cita nak beli Suzuki RG termasuk la aku. Minyak enjin pulak mesti Hirev sebab Hirev ni moto-moto cub prix guna so pengaruh hirev sgt kuat la sampai stripe moto pun nak letak Hirev.

Lagi satu yang best kitaorg punya klik ni ada satu trademark so kalo pegi mana-mana memang orang kenal. Kitaorg punya trademark ialah Helmet merah kuning. So kalo keluar ramai-ramai tuh dalam 10 biji moto memang org nampak sgt la. Macam mana leh lekat trademark tuh pun aku x pasti sgt sebab kita org budak Kedah bukan budak Selangor. Kalo pagi-pagi sampai sekolah tuh mesti susun helmet berderet lam kelas n selalu kelas yang jadi tempat simpan helmet kelas aku la. Masa tuh seronok pegi sekolah rasa cam tak sabar-sabar dapat jumpa kengkawan. Walhal tiap-tiap hari jumpa.

Aku sebenarnya sedih sebab zaman tu semua dah berlalu n masa yang berlalu tak mungkin kan kembali.Apa yang aku boleh buat hanyalah abadikan segala kenangan aku yang penuh dengan memori indah,suka,duka,tangis,ketawa,dan sedih.

Aku akan sambung lagi coretan “terkenang semasa dulu part 2” nanti. Macam mana pulak dengan kenangan korang??Layan lagu favourite aku dulu “When the rain Begins to Fall“. Khas buat arwah mak aku dan abah aku yang menjaga dan mengasuh aku dengan penuh kasih sayang.

p/s:Gambar kenangan tersebut di ambil dari web
http://tokmie.fotopages.com.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author