
Bulan mei sudah di pertengahan dan juga bermakna kita sudah di pertengahan tahun 2009. Usia semakin meningkat dan tidak boleh di hentikan. Yang sunti menjadi remaja, yang remaja menjadi belia dan yang belia menjadi dewasa namun apa yang telah kita tunaikan masih belum terlaksana sepenuhnya sebagai hamba yang di lahirkan ke muka bumi ini. Tahun 2009 terus bergelodak dan berkecamuk dengan krisis-krisis yang tak henti-henti baik di dalam negara mahupun di luar negara. Kemelut politik dalam negara seolah-olah menjadi semakin parah dan tidak nampak ketelusan dan keikhlasan yang cuba di tunjukkan.
Gambar dipetik dari http://www.sinarpru13.blogspot.com/
Tanggal 6 Februari 2009 merupakan satu detik hitam dalam sejarah politik Malaysia dan rakyat di hidangkan dengan satu drama politik yang tidak bertamadun dalam erti kata lain rakyat seolah-olah di perbodohkan. Adakah ini satu tanda demokrasi yang subur? Yang mampu menjawab dan menghuraikannya hanyalah PM kita sekarang dan ahli-ahli BN yang lain. Bukan nak provokasi dan menyebelah mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Malaysia, aku rasa seperti di perbodohkan dan seolah-olah hidup dalam era 50an di mana buta huruf dan kejumudan berleluasa.
Tak kiralah yang merampas itu pihak BN atau PR, bagi aku ianya satu kebiadapan yang tidak boleh di maafkan. Kalau nak merampas kuasa pun biarlah secara berhemah dan beradab, biarlah rakyat yang menjadi penentu dan selebihnya berserah kepada ALLAH. Jika apa yang dilakukan dan di tonjolkan memuaskan hati rakyat, apalah yang nak di takutkan.Mungkin bagi penyokong-penyokong BN ianya satu tindakan yang amat patut dan wajib di lakukan ke atas kerajaan PR Perak. Tetapi setahu aku kebanyakkan pemimpin-peminpin dan penyokong-penyokong BN ni ramai yang mengaku sebagai seorang yang open minded dan bertoleransi tapi tak nampak sikit pun dalam kemelut politik di Perak.
Walaupun aku bukanlah seorang yang bijak mengenai politik, tapi dari persepsi aku sebagai rakyat Malaysia dan manusia yang ada akal tindakan yang di lakukan seolah-olah sangat bodoh,dangkal,jumud dan tidak logik. Mana boleh sebuah negeri mempunyai 2 orang menteri besar. Datuk Seri Nizar masih belum meletakkan jawatan dan memberikan surat perletakkan jawatan tapi Dr Zambry sudah melafazkan sumpah sebagai MB. Kenapa perlu tergopoh-gapah macam di kejar anjing atau babi. Akibat kegopohan dan kerakusan BN maka hukuman telah di berikan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bukankah amat memalukan seolah-olah muka terpalit tahi.Tapi mungkin manusia-manusia yang mengaku open minded tak nampak semua ni sebab yang mereka nampak hanya mengisi tembolok sendiri.
Pada hari Isnin bersamaan 11 mei mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa Datuk seri Nizar sebagai MB Perak yang sah berpandukan kepada bukti-bukti yang sahih dan keraguan yang ditimbulkan oleh peguam negara. Maka jadilah Dr Zambry MB sebagai pemegang jawatan MB yang terpendek dan pendek. Tetapi sekali lagi rakyat terus di perbodohkan dan di sarkeskan oleh pemain-pemain sarkes bilamana mahkamah rayuan telah menerima rayuan Dr. Zambry dan BN secara tergesa-gesa walaupun semua rakyat tahu kecuali rakyat yang open minded bahawa rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari.
Tun Mahathir sendiri mengakui penubuhan kerajaan BN di Perak adalah bertentangan dengan undang-undang berdasarkan Peruntukan Artikel 16(6) Pelembagaan Perak. Tengku Razaleigh juga menegaskan bahawa kerajaan Dr Zambry adalah haram dan sebarang keputusan yang di buat tidak boleh diterima pakai. Sampai bilakah rakyat akan terus di sarkeskan dan di perbodohkan? Berilah ruang kepada rakyat untuk memilih siapa yang di kehendaki memimpin dan mentadbir negeri, bukan secara memaksa dan memperbodohkan. Zaman sekarang bukanlah lagi zaman kain batik ataupun kain pelikat yang perlu disogokkan kepada rakyat demi meraih undi. Zaman sekarang adalah zaman rakyat memerlukan ketelusan dan keikhlasan pemimpin yang boleh menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
Biarlah Sultan Perak menerima menghadap Datuk Nizar untuk membubarkan DUN dan memberi ruang kepada rakyat Perak memilih sekali lagi siapa pemimpin mereka. Janganlah Baginda terus di perkotak-katikkan dengan politik kotor,jumud,tak bermaruah dan tidak amanah. Terimalah hakikat jika kekalahan yang di terima dan jika kemenangan yang di beri beramanah dan jujurlah dengan rakyat, jangan memaksa orang sukakan kita biarlah kita disukai dengan rela hati. Perelokkan akhlak diri sendiri terlebih dahulu sebelum menegur orang lain.

woot, hehe, perak ni, aku ingat, bagi sultan perintah laa senang, negeri dia, bagi dia buat laa apa dia nak buat, hehe

jaown’s blog terkini "Five Tips For A Woman"
kalau sultan perintah kan best.
terus aman.
pastu takde gaduh2.
kan.
malaysia ni kalau bangsa lain dapat melayu baru la nak putih mata.
sickchild72’s blog terkini kawin?
Ya ya!! Hidup sultan!! Baik bagi sultan kalau tak nanti dapat kat bangsa lain lagi bosan. DAP dah power sangat kat Perak ni. Dah belagak sombong lagi DAP ni.
The Aminos’s blog terkini Astronaut
entah bila nak berkhidmat kepada rakyat sebagai wakil rakyat kalau tak sudah dok bercakau mcm ni…tak matang langsung….dah piliharaya tu sudahlah..keputusan dah dapat, teruskankan utk berkhidmat pula…ni tak abis2 nak berpolitik…lepas pilihanraya , abislah politik tu..kerjalah pula
sepatutnyalah….tapi….
Kujie’s blog terkini Enakmen Undang-undang Keluarga Islam – Talak
namun hari ni paper kata lain pulak daaaahhhhhhhhhhhhh…tiba2 je zambry pulak jadi MB..huhuhu apa nak jadi dengan Malaysia-SYJ
bagi pandangan peribadi akula..aku tak kisah zambry or nizar yang perintah..yang penting ketelusan dan berkhidmat dengan penuh dedikasi demi rakyat..
btul. ketelusan dan khidmat yang cemerlang yang kita nak.
bukan setakat cakap je lebih tapi buat tak =D
sickchild72’s blog terkini kawin?
betul tuh kak jie..rakyat dah pilih so terimalah hakikat..x salah kalo nak rampas kuasa tapi rampaslah bila dengan pilihanraya..yang penting skrg ni hak rakyat bukan hak parti or individu tertentu
lawak giler gamab kat post nie.. huhuhu
adol’s blog terkini Kenapa aku menghilang?
weitt adol dah selamat kawin ke
hahaha
aku ada kawan kot yang taksub sgt dgn politik smpai buat review dalam belog die. ee gila punya org, aku paling tasuka dunia politik =.=
thn dpn dh boleh mengundi, kalau boleh xnk undi sape² bia la aku jd PM lg sng kot kah kah kah
Y n n’s blog terkini datuk setan.
ko rugi kalo x mengundi sebenarnya..ko sedar x dalam kehidupan seharian ko pun sebenarnya ko sedang berpolitik..sebagai muslim politik sebenarnya ada dalam ajaran yang dibawa cuma kita semua ni dah di sogok dengan dasar sekular so politik dan agama di asingkan. Kalo kita ikut betul2 lunas politik yang di sarankan Islam xkan ada la kucar kacir mcm yang jadi sekarang.
ko suka gak politik.
kadang kadang best gak layan ceramah2 ke hape.
tapi kadang kadang bosan gak.
hihi
sickchild72’s blog terkini kawin?
ko rugi kalo x mengundi sebenarnya..ko sedar x dalam kehidupan seharian ko pun sebenarnya ko sedang berpolitik..sebagai muslim politik sebenarnya ada dalam ajaran yang dibawa cuma kita semua ni dah di sogok dengan dasar sekular so politik dan agama di asingkan. Kalo kita ikut betul2 lunas politik yang di sarankan Islam xkan ada la kucar kacir mcm yang jadi sekrng.
pelik gila nak gaduh gaduh.
ape guna wat pilihan raya rakyat dah pilih dah kan sape nak jadi pemerintah.
tu pun nak bising2 lagi.
tapi an salu aw cam bila nak dekat pilihanraya baru lah nak cantikkan jalan la nak tebas pokok la nak tar jalan la ape la.
bila dah menang wat bodoh je.
sickchild72’s blog terkini kawin?
hahahahha comel gila gambar tu di edit hahahahha sakit perut gelak dah ni :D
btw , entah lah apa kena kan . memang dunia politik ni sangat kotor lah . kadang2 depan rakyat baik gila mcm rpt sgt tp sbnrnyaaa .. haih
hahahaha ;p cpt tepek dlm belog kah kah kah
er btul2 kotor gila, btul ckp lect i, dkt negara lain, musim politik dorg akan naik pastu trun balik, tp kt msia akan maintain
Y n n’s blog terkini datuk setan.
hahaha sebab masing2 gila kuase kot.
wallahualam.
aku tengok diorang suka sangat bergaduh2.
rakyat bukan nak tgk diorang gaduh.
rakyat nak tengok hasil kerja daripada apa yang mereka dah pilih@ undi.
sickchild72’s blog terkini kawin?
hahha rugi? tah la myb aku xbesedia lg nk menghadapi dunia politik malaysia ni kot,
dkt kwsn aku, pas dh amik alih, lepastu masjd yg dlu umno bina, dorg cbut sgala karpet and ganti baru, sbb dorg kata tu duit haram =.=
x membazir ke?
uik?
r u sure?
cam tak best la pulak aku dgar.
nape sampai camtu sekali?
sickchild72’s blog terkini kawin?