
Siapa yang percaya hantu,jin,iblis,setan atau apa saja yang tergolong dalam glongan makhluk halus. Makhluk-makhluk ini juga hidup dan berada di sekeliling kita dan bergerak di celah-celah kita bezanya kita tidak nampak dan tidak mengetahui bagaimana rupa mereka yang sebenarnya. Makhluk-makhluk seperti hantu,toyol,pelesit,pontianak,langsuir, atau sebagainya yang sering kita dengar cerita adalah jelmaan dari jin yang bertujuan untuk menakutkan dan menyesatkan kita. Jin-jin ini adalah dari golongan jin kafir iaitu pengikut iblis yang merupakan raja kepada jin dan syaitan yang di laknat ALLAH.
Kewujudan makhluk ghaib atau halus ini ada di terangkan dalam firman ALLAH yang bermaksud:
“Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
(Surah Ar-Rahmaan : 15)
“Apakah halangan yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku memerintahkanmu?” Iblis memjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api, sedangkan Engkau jadikan dia dengan tanah”.
(Surah Al-A’raaf : 12)
“Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”
(Surah Al-Hijr : 27)
Petikan artikel dari blog Asmadi
Mempercayai kewujudan makhluk-makhluk ghaib adalah harus sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
(al-Baqarah, 2-40)Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
’Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyalaan api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah menjadi sifat bagimu’
(Hadis riwayat Muslim)
OK berbalik kepada cerita yang aku ingin sampaikan ialah mengenai pengalaman aku sewaktu belajar di UITM Arau, Perlis (dulunya ITM) pada tahun 1996. Kejadian misteri,menggerunkan, dan pelik ini berlaku sewaktu aku memasuki semester 2. Cerita ni mungkin bagi sesetengah orang akan mengganggap aku menipu atau mereka-reka cerita tapi hakikatnya inilah pengalaman yang aku lalui sendiri.
Masa aku study dulu memang banyak cerita-cerita hantu yang aku dengar dan berkongsi dengan kawan-kawan. Kebiasaanya student-student masa tuh memang selalu berkongsi cerita-cerita hantu, tak kira la dari U mana mesti ada cerita. Crita yang paling top masa tu ialah cerita yang di alami oleh seorang student UUM yang tinggal sebilik dengan hantu selama satu semester. Mungkin ada yang pernah dengar mengenai cerita tersebut. Lagipun waktu 96 dulu mana la ada komputer jauh sekali laptop, kebanyakkannya student-student akan melepak dalam bilik beramai-ramai dan bercerita atau membuat aktiviti lain yang kadang-kadang berfaedah dan kadang-kadang tak berfaedah langsung. Tapi selalunya memang tak berfaedah langsung.

Aku tinggal sebilik dengan Remy, budak Kedah dan satu kos serta satu kelas dengan aku. Memang kami rapat sejak dari semester pertama. Sebelah menyebelah pun kawan-kawan aku yang satu kos dan ada juga 2-3 orang yang satu kelas. So kami memang selalu lepak sekali dan macam-macam aktiviti yang kami buat.Ok cerita ni terjadi sewaktu aku baru nak mulakan semester 2 dan selepas mendaftarkan diri. Habis saja mendaftar aku terus balik ke bilik dan letakkan barang-barang aku. Remy masih belum nampak batang hidung yang aku jumpa pun cuma 2-3 orang je yang lain-lain masih tak nampak. Sebelah bilik aku,bilik Lan rakan kelas aku gak. Lepas letak barang-barang aku, aku terus pegi lepak bilik Lan. Macam-macam cerita la yang keluar, maklum la berpisah 2 bulan so mesti banyak cerita. Tengah-tengah syok bercerita tuh, Remy menjengah. Dah sampainya rupanya mangkuk ni. Remy ni memang mat smart abis dan memang mat bunga. Dia hulur kat aku Dunhill 20, ntah mimpi apa tiba-tiba kasi aku Dunhill 20. Masa tuh Dunhill tak la semahal sekarang.
Kitaorang borak-borak ditambah pulak 2-3 orang lagi klik-klik aku dah sampai. Bertambah rancakla berborak. Sedar tak sedar hari dah senja. Aku terus balik ke bilik sebab nak mandi dan solat maghrib. Sampai kat bilik aku tengok barang-barang Remy bersepah tak tersusun langsung. Aku malas nak amik pot, aku terus capai towel dan terus ke bilik mandi. Lepas dah mandi dan solat aku rasa mengantuk sangat mata dah macam ada gam. Apalagi aku tak tunggu terus baring. Kawan-kawan aku masih ada di bilik Lan sebab masa aku lintas bilik Lan aku dengar diaorang rancak lagi bersembang. Aku terus terlelap dan tak sedar apa-apa sampai la lebih kurang dalam pukul 3 aku terjaga. Aku memang ingat lagi sampai sekarang sebab waktu aku terjaga tuh jam loceng aku memang jarum dia tunjukkan pukul 3 tepat.
Aku yang tengah mamai-mamai ayam terus gosok-gosok mata dan bangun. Masa aku tengah mamai tuh aku ternampak Remy tengah duduk bertinggung kat tingkap. Muka dia menghadap ke luar. Kolej aku nama Halban, kolej lama dan kalo korang pernah belajar kat uitm arau mesti korang tau,tingkap dia besar dan nak buka tingkap kena tolak ke atas. So memang boleh la duduk bertenggek kat tingkap, kadang-kadang kalau bilik terkunci pun kitaorang biasanya menyelinap masuk ikut tingkap melalui bilik member-member. Balik pada cerita aku. Aku terus bangun duduk, pelik juga aku tengok Remy yang duduk mencangkung kat tingkap tuh, silap-silap boleh tertungging jatuh ke bawah. Aku terus panggil dia, “Remy apa hang buat kat situ.” Dia diam, toleh kat aku pun tak. Tapi aku tengok badan dia macam berbulu. Aku rasa macam tak sedap hati, aku turun dari katil dan pergi dekat dia. Aku panggil lagi, “Oii Remy hang buat apa, jatuh satgi.” Dia diam juga. Aku terus pergi dekat dia, tiba-tiba dalam jarak lebih kurang sedepa nak sampai dekat dia, Remy tiba-tiba paling muka dia kat aku. Ya ALLAH muka remy memang sangat menggerunkan dan hodoh. Gigi dia sampai ke dada, hidung dia agak panjang macam hidung tapir, mata dia kuning. Aku terkejut rasa macam nak jatuh jantung aku.
AKu tergamam, kaki rasa macam melekat kat lantai. Takutnya aku waktu tuh hanya ALLAH yang tahu. Aku cuba kuatkan semangat yang aku igat masa tuh aku hanya baca AL-Fatihah. Remy terus pandang kat aku dan seolah-olah macam nak terkam kat aku. Tiba aku dapat kekuatan dan aku jerit “ALLAHHUAKBAR.” Kaki aku yang tadinya rasa macam melekat terus dapat bergerak. Makhluk tuh sengih kat aku dan terus terjun keluar tingkap. Aku tak tunggu lagi terus cabut lari ke bilik Lan. Sampai kat bilik Lan aku tengok Lan tak tido lagi tengah sembang dengan Izzudin. Lan tanya aku kenapa, aku cakap takde apa saja nak datang lepak dengan dia. Masuk bilik lan aku terus join diaorang n borak-borak sampai subuh. Tak semena-mena aku tanya Lan [asal Remy mana, Lan cakap Remy lepas borak-borak tadi dia terus balik umah dia lusa baru dia datang balik. Aku terus terkedu tapi aku tak ceritakan kat Lan ngan Izzudin, kat Remy sendiri pun aku tak cerita, lepas sebulan baru aku cerita.
Itulah kali pertama aku kena usik dengan hantu, lepas pada tuh ada juga 2-3 kali aku terserempak dengan makhluk-makhluk halus ni tapi kat tempat lain-lain. Korang pun mesti pernah juga alami benda-benda macam ni kan.
“Kalau korang cakap cerita-cerita hantu ni mengarut tahyul, korang memang silap. Kalau korang alami sendiri baru korang akan kata makhluk-makhluk ni memang wujud.” Pjan.

fuhhh … seram betul la !!
memang seram bro..aku takut 2-3 hari gak nak tido kat bilik aku
pjan´s last blog ..Rakan Bilik
biar betikk? takut wohh..
encikizzat´s last blog ..Hari Permuafakatan :) 
Camne reaksi Remy bile ko crita balik pristiwa tu dkt die?
remy ngan aku sekali takut da…hahaha 2-3 malam gak aku cam risau je nak tido bilik tuh
pjan´s last blog ..Rakan Bilik 
kalau dah terlampau takut memnag jadi macam kaki tu melekat kat lantai kan.
gi satu kalu lai pun cam x gerak-gerak jaa
lilacfla´s last blog ..Mari Berkenalan Dengan JERAWAT
ya arr cik lilacfla..memang rasa kaki cam ada gam
pjan´s last blog ..Rakan Bilik
fuhhh seram gilaa cite kau ni tsk +_______+ serius aku taknakk nmpk bende2 mcm tu tsk +__________+
btw aku x pnah jmpe lagi dan taknak jmpe, tapi org kene rsuk tu ad la tgk
kalo ko jumpa sekali ynn baru ko tau…
pjan´s last blog ..Rakan Bilik
aku geram tul la.
sickchild72´s last blog ..senggugut. 
ske wat entry cam ni.
takut gila doh nak bukak. esok pagi aku baca.
warkhhh.
aku sampai sekarang
memang tak layan cerita hantu kat TV
tah apa kejadah punya tajuk
ahaha
malas nanti balik lewat malam dok terbayang2
KampungBoy´s last blog ..Kebangkitan Produk China?
sebenarnye aku bace je.
aku seram gila bila nak balik sensorang mesti teringat cite kau antu bertenggek kat tingkap.
yang paling aku tak tahan ko cite tang yang dye senyum tuh.
pergh sakit doh jiwa aku.
aku da la ari2 balik keje kul 2 3 pagi.
ko jgn pk sgt eny..kang tak pasal2 ko kena berbuih mulut hahaha…
byk2 la baca ayat kursi insyaallah takde pape
haiskk..
takut2..
esok la aku baca…
hahaha
mai aih.. gila seram.. bertenggek2 ni yg aku x suka nak dengar neh.. mintak dijauhkan..
member ko si remy tu ada bela hantu raya kot.. dia balik kampung, hantu dia tolong jagakan barang… huhu
hehehe aku rasa pun camtu la khai…tapi kisahnya memang aku ada tanya pak guard kat situ…memang pak guard tuh ckp benda alah tuh memang selalu round maklum la kawasan dia…
pak guard tuh ckp cik ponti pun ada gak 2-3 ekor kat area tuh…skrg ni wallahualam ada ke x aku pun dah lama sgt tinggalkan arau
yuuu.. takut mmg takut ngn mende ni tp teringin nk tgk ngn lebey jelas.. setakat ni baru penah kelibat jerk.. xjelas sgt.. uih tp pikir2 balik, mtk dijauhkan nk kua da ni malam mggu kan.. babai.. ahakzz..
paes´s last blog ..Bebelan Orang Tua
ko kluar malam minggu lagi ramai hantu..ada hantu disko,hantu rempit,hantu bohsia,hantu rambu..senang kata hantu pun takut kalo jumpa hantu2 camtu
seram siot cite ko ni..
Anarm´s last blog ..Kempen I Love Malaysia sempena merdeka 
aku paling x suke bende tenggek2..
aku ingt cite ape laa tajuk rakan bilik..
baca terus rasa seram tp baca jugak smpai abih..
skrg aku dah takut.. dah la dok kt opis sorang2 ni..
siapa belakang aku ni?
hehehe apa la ko ni anarm….yang ko g imagine tuh watpe
pjan´s last blog ..Can you count in English?
Salam’alaik…
Dia nak kawan dgn bro la tu, hehe…
Biasa la bende tu…
Dia kadang2 atas orang jgak, klau orang tu bersifat penakut, maka bende tu suka kacau dia…
dan sebaliknya… orang-orang yg kuat beribadat, insyaAllah tak akan jumpa punya, klau jumpa dia cari nahas… hehe…
sekian, komen ana, peace…
Faiz´s last blog ..Ustaz Asri Ibrahim: Pergi Tak Kembali!