Perodua MPV D46T bakal dilancarkan November

Setelah PROTON melancarkan MPV yang pertama iaitu EXORA pada tanggal 15 April 2009 kini tiba pula giliran Perusahaan Otomobil Kedua Negara atau PERODUA melancarkan model MPV nya. Pelancarannya dijangkakan pada bulan November dan merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat MPV khasnya dan peminat kenderaan nasional amny. MPV Perodua ini buat masa sekarang masih belum mempunyai nama rasmi dan codename bagi MPV tersebut ialah D64T.



Model Perodua MPV ini diasaskan dari model Toyota Passo Sette yang juga dikenali sebagai Daihatsu Boon Luminas. Mengikut MD Perodua iaitu  Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar kepada bernama, harga bagi Perodua MPV tersebut sekitar RM57K hingga RM66k. Spesifikasi bagi model ini ialah enjin yang bersesaran 1.5 liter, panjang 4180mm,lebar 1695mm, ketinggian 1620mm dan panjang wheelbase ialah 2750mm. Ianya sesuai untuk 7 orang penumpang dan mengikut saiz penumpang sepertimana juga EXORA yang menawarkan 7 ruang penumpang.

Ruang dalamannya juga menarik serta diperbaharui dan menarik berasaskan model Toyota Passo Sette. Berikut beberapa gambar ruangan dalaman PERODUA D64T.

Sama-sama kita nantikan kemunculan PERODUA D64T ini secara rasmi pada bulan november nanti. Bagi yang mencari alternatif MPV buatan tempatan selain EXORA, bolehlah memasukkan D64t kedalam senarai anda. Harga yang cukup kompetetif untuk yang mempunyai bajet sederhana.

credit kepada paultan.org,http://funtastickodesign.wordpress.com,
prodas.wordpress.com
Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author