Perjalanan yang cukup membengangkan

Ahad (21 Jun 2009) yang lepas aku bertolak pulang dari kampung aku di Kedah bersama isteri. Aku bertolak lebih kurang jam 11.30 pagi. Setelah hampir 5 hari aku di Kedah rasanya cukup puas dan tibalah masanya untuk aku kembali ke Johor Bahru memandangkan isteri aku mula bekerja pada hari Isnin. Perjalanan di sepanjang highway Utara-selatan agak lengang, maklumla baru habis musim cuti persekolahan.

Isteri aku pada mulanya asyik bersembang-sembang dengan aku tapi tak sampai sejam dia dah mula bermimpi. Untuk menghilangkan keboringan aku kuatkan sikit radio dan ada 2-3 lagu yang aku turut sama menyanyi. Penat sebenarnya drive jarak jauh ni, sakit juga la belakang aku maklumla aku bukannya naik Merc atau BMW.

Di pendekkan cerita, dalam pukul 7 camtu aku dah sampai ke Seremban dan jalan agak sibuk dan kadang-kala terhenti-henti. Banyak juga aku nampak kereta plet Singapore yang berpusu-pusu menuju ke selatan. Maklumla dah puas berjalan-jalan di KL so sampaila masanya nak balik.

Dalam kereta bersesak-sesak tuh ada la pulak satu konvoi moto besar yang aku rasa dari Johor sebab semua nombor pletnya Johor. Ada dalam 15 biji. Menderu-deram la dengan bunyi moto diaorg dan macam-macam gaya yang aku tengok, ada yang handle moto tinggi mengalahkan tiang bendera, monkey bar kata orang. Nak tergelak pulak aku tengok mamat tuh terkial-kial pegang handle moto dia, tapi apa nak buat biar terseksa asal bergaya.


hanya gambar hiasan.

Aku terus pecut kereta aku tinggalkan diaorang, tapi alih-alih marshal dia potong kereta aku dan suruh aku ke tepi cam polis trafik la pulak. Hangin juga aku macamla diaorang tuh penting sangat sampai orang lain nak kena ketepi. Habis kereta-kereta yang ada di lorong kanan di sekat supaya ke kiri untuk beri laluan kat diaorang. Bukan setakat lorong kanan je diaorang conquer tapi highway tuh jadi macam highway bapak diaorg, pemandu-pemandu lain terpaksa pulak perlahankan kereta dan mengelak ke tepi.

Aku memang dah hangin ngan diaorg rasa cam nak langgar je diaorg, dahla berlagak cam jalan bapak diaorang dah tu tol pun tak bayar, kita yang bayar tol mahal-mahal ni terpaksa pulak bagi jalan kat diaorang. aku terus tekan minyak dan berjaya juga potong diaorang. Aku potong ikut lorong kiri sebab lorong kanan diaorang dah jadikan lorong bapak diaorang. Tapi lebih kurang dalam 10 kilometer, diaorang sampai pulak dah, sekali ni marshal dia sibuk nak amik lane kiri pulak. Apahal la pulak kejap kiri kejap kanan. Aku cukup tension ngan kerenah mat-mat motor ni. Tahu la korang banyak duit leh beli motor harga ratus-ratus puluh-puluh ribu tapi jangan la buat orang lain cam kuli korang pulak.

Aku cuma nak pesan la kat mat-mat motor, janganla ikut sedap korang je nak buat highway tuh cam highway korang, korang tol pun tak bayar so sama-samala guna. Kalau korang nak laju sampai berapa ratus kilometer sejam pun korang pegila tapi janganla nak sekat-sekat orang nak pegi kiri nak pegi kanan. Dah la tuh siap hon-hon pulak, apa korang besar sangat ke. Korang nak berkonvoi korang konvoila tapi jangan bila dah berkonvoi korang menyusahkan pemandu lain.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author