Peraduan Ipod Touch

ipod-touch

Aku dengan berbangganya nak adakan satu peraduan yang amat mudah untuk korang semua yang sudi melawat dan memberi komen kat blog aku ni. Peraduan ni aku namakan sebagai “PERADUAN PENGOMEN TERBANYAK dan AKTIF”.

Mudahkan peraduan yang aku anjurkan ni. Korang cuma perlu aktifkan diri kat blog aku ni dan beri komen-komen yang membina dan bersama-sama berkongsi dengan kengkawan lain dan sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Tapi ada beberapa syarat yang aku senaraikan kat sini untuk menjayakan lagi peraduan ni. Peraduan bermula pada 5 Jun 2009 dan akan tamat pada malam kemerdekaan iaitu 31 Ogos 2009.Antara syarat-syaratnya ialah:

  1. Komen yang diberi di setiap entri hendaklah berupa komen yang membina dan ikhlas
  2. Komen yang berunsur cacian atau makian dilarang sama sekali dan sekiranya terdapat komen-komen seperti yang demikian maka aku anggap korang adalah lahanat dan tidak layak digelar manusia.
  3. Komen yang diberi hendaklah melebihi 10 patah perkataan dan komen berbentuk seperti hehehe,pa kabar?,hai,wei,atau apa2 yang aku anggap mengarut maka aku batalkan terus korang dari peraduan ni. Spammer sama sekali tidak layak.
  4. Korang juga hendaklah addkan aku di twitter iaitu Enpjan.
  5. Akhir sekali bagi 5 peserta yang terpilih pada 31 ogos, korang di kehendaki membuat 1 artikel apa saja asalkan tidak berunsur lucah,makian,cacian,umpatan atau yang karut marut dan tidak boleh diciplak.Artikel hendaklah asli dengan hasil kreativiti korang sendiri. Artikel yang terpilih dan pemenang muktamad  akan di siarkan di blog dan nama korang akan diletakkan sebagai pengarang asal.

Itu saja syarat-syarat yang aku tetapkan.Mudah bukan? So apa lagi marilah sertainya. Akhir kata aku ucapkan terima kasih in advance buat korang semua yang sudi menyokong.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author