Menanti saat kelahiran cahayamata

Due Date

Menanti saat kelahiran cahayamata yang pertama, agak mendebarkan. Macam-macam benda yang ada dalam kotak fikiran aku sekarang ni. Ada perasaan teruja sebab aku bakal jadi daddy tak lama lagi,ada perasaan risau,ada perasaan takut dan macam-macam lagi yang buatkan aku agak tak keruan kadang-kadang.Maklumla tanggungjawab pun dah semakin besar dan bertambah.Waktu dah semakin dekat dah wife aku semakin sarat. Apa yang aku harap moga-moga insyaallah semuanya selamat hendaknya.

pregnancy tickers

2 minggu lepas aku bawa wife aku pergi scan, doc tu cakap lelaki tapi siang tadi (rabu 15 julai) doc cakap girl pulak. Aduyai pening aku kejap lelaki kejap girl, mana satu yang betul tak tau la. Tapi apapun aku hanya panjatkan syukur ke hadrat ilahi sebab bakal kurniakan aku zuriat, moga-moga zuriat yang bakal lahir kelak sihat,sempurna dan yang penting jadi anak yang soleh dan berjaya. Amin.

Lagi satu yang bestnya, kalau ikut perkiraan doktor tuh, maybe wife aku akan bersalin dalam 19-22 september nanti. So berkmakna anak aku akan lahir maybe pada hari raya pertama atau sehari sebelum raya. Tak beraya la aku tahun nie nampak gayanya. Siang tadi aku dengan wife aku pun dah tempah tempat nak bersalin dan doktor yang bakal menyambut kelahiran baby aku. Kalau takde apa-apa halangan, insyaallah wife aku aku bersalin di Pakar Puteri,Larkin,Johor Bahru. Sekarang ni semuanya nak kena tempah. Masa mak aku lahirkan aku dulu kat umah je n pakai bidan kampung je.

Akhir kata semoga aku jadi daddy yang dapat didik anak aku dengan sempurna dan jadi anak yang berakhlak dan berperibadi sempurna. Moga-moga aku mati kelak dapat la dia doakan untuk aku.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author