(KHAS) Laungan MERDEKA di TWITTER

Sebuah projek yang telah dicetuskan oleh Mohd Ismail di laman blognya. Idea yang cukup bernas dan bermanfaat kepada blogger-blogger khasnya dari Malaysia yang mempunyai twitter bolehlah menyertai seruan KEMERDEKAAN ini. Tujuan Mohd Ismail ialah untuk memartabatkan perkataan MERDEKA di mata dunia melalui twitter iaitu salah satu dari perkataan MELAYU yang melambang kebebasan, kemakmuran,keharmonian dan lambang kemegahan.

Marilah bersama kita melaungkan MERDEKA dan bersama membentuk satu pakatan persahabatan dan persaudaraan di antara blogger Malaysia khasnya dan pengguna-pengguna twitter yang lain. Hebahkan kepada semua rakan-rakan,saudara mara,pakcik makcik,mak abah, abang adik,pakwe makwe dan sebagainya. Jangan lupa add saudara Mohd Ismail di twitter dan jangan lupa add aku juga. Kredit juga patut di berikan kepada Azman Ishak yang bertungkus lumus menyiapkan logo Twitter Merdeka 2009.

Semoga projek ini mendapat sambutan dan berjaya. Insyaallah. Bersama menyokong projek kemerdekaan ini.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author