Can you count in English?

Can you count in English? atau Did you learn math and science in english? Sekadar perhiasan je. Tapi rasa-rasanya pernah tak korang yang pergi interview, orang yang interview tuh tanya macam tuh. Rasanya tak kot and takkan jadi punya. Setahu aku apa yang akan dia ditanya ialah Do you know how to write and speak in english?

Itulah yang jadi sekarang, ada yang menyokong ada yang membantah. Isu PPSMI masih hangat di perdebatkan termasuklah orang tua-tua yang buta huruf dan tak tahu sepatah haram perkataan english pun sibuk memperkatakan isu PPSMI ni. Bukan nak menghina dan tolong jangan salah faham, cuma pendapat aku kalau nak menyokong atau membantah sesuatu perkara tuh pun biarlah relevan dan kita sedikit sebanyak berkenaan isu yang nak di perdebatkan tuh.

Bagi aku rasanya lebih elok kita tekankan penggunaan english dari segi percakapkan dan penulisan berbanding dengan menekankan penggunaan english dalam mata pelajaran dalam sains dan matematik. Tak guna rasanya kalau kita sibuk-sibuk nak suruh anak-anak kita belajar english untuk sains dan matematik tapi dalam masa yang sama sepatah haram dia tak faham sebab kita tak tekankan dengan cara yang betul seperti penggunaan grammar,vocabulary dan sebagainya. Lebih indah kalau kita tambahkan silibus english yang sedia ada supaya anak-anak lebih bijak dan fasih berbahasa english.

Takkan terjadi rasanya kalau anak-anak belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu akan menjadi anak-anak yang mundur dan berdaya saing. Mustahil sama sekali. Dalam bahasa melayu sendiri pun ramai anak-anak melayu yang masih tercicir apatah lagi di ubah ke dalam english, bertambah blur la anak-anak. Kita mesti ingat tak semua anak-anak yang bijak dan cepat menangkap apa yang di ajarkan, kita kena ambil kira juga anak-anak yang lemah.

Kesimpulannya senang saja, tak perlulalah nak perbesarkan isu PPSMI ni, buat yang menyokong tak perlulah berhujah yang dengan english untuk sains dan matematik saja kita akan maju sebab ada juga negara yang menggunakan english sebagai bahasa utama tapi rakyatnya masih ramai yang buta huruf dan tercicir. Kepada yang membangkang pula janganlah hanya berpandangan negatif tapi cubalah cari jalan untuk memantapkan dan memartabatkan bahasa melayu dan dalam masa yang sama memperkasakan english.

Pjan – tapi heran juga takde pulak pihak yang bermati-matian memperjuangkan supaya pelajaran agama islam dimantapkan kepada anak-anak supaya tak terjadi gejala negatif yang semakin membarah dalam masyarakat. Hairan bin ajaib

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author