Apa kejadahnya

Apa kejadahnya!! Ibarat ketam mengajar anak berjalan betul. Aku sebenarnya cukup meluat dengan hipokritnya Harian Metro yang sibuk dengan kes-kes “penggila nombor ekor” yang sanggup memegang babi di salah sebuah kuil di Taiping demi untuk mendapatkan berkat dan memenangi nombor ekor. Harian Metro begitu berbangga dengan cerita sensasinya dan hangat yang kononnya untuk membuka mata masyarakat. Harian Metro telah menjadi akhbar yang “wajib” di baca kerana berita-berita sensasi dan hangat serta tidak terlalu berat untuk orang yang sukakan gosip dan berita sensasi berbanding dengan akhbar lain. Akhbar tabloid ni telah mendominasi pasaran harian pembaca.

abcd0004

abcd0001

Aku juga ada mengikuti tentang kaki-kaki judi yang tertipu akibat kebodohan dan betapa bangangnya mereka sehingga sanggup menyerahkan beribu-ribu ringgit kepada seorang sami yang kononnya boleh memberi kemenangan kepada mereka. Aku pun pernah juga dapat risalah berkenaan seorang sami yang boleh meramal dan memberi nombor ekor yang di jamin akan menang. Bodohnya manusia. Kalaulah sami tersebut boleh memberi nombor yang di jamin menang, kenapa dia sendiri tak beli dah tentu dia boleh menjadi kaya raya dan mungkin lebih kaya dari Kuok@raja gula Malaysia.

abcd0002

abcd0003

Harian Metro begitu sibuk menyiarkan berita sensasi tersebut dengan tujuan menyedarkan masyarakat kononnya. Tapi kalau korang perasan Harian Metro penuh dengan iklan-iklan ramalan nombor ekor yang berbentuk SMS. Selalunya iklan-iklan tersebut berada di bahagian belakang iaitu di bahagian sukan. Dari sini aku  boleh katakan bahawa Harian Metro adalah sampah dan cakap tak serupa bikin. Korang di Harian Metro kononnya nak sedarkan masyarakat tapi dalam masa yang sama korang sendiri menggalakkan masyarakat berjudi. Apa kejadahnya korang ni. Secara tak sedar korang di Harian Metro dan Berita Harian telah merosakkan masyarakat Malaysia khususnya Melayu Islam yang mangkuk hayun yang masih suka berjudi kononnya nak ubah nasib.

So bagi aku selagi korang masih sibuk mengaut untung dengan memaparkan iklan SMS nombor ekor selagi tulah pendapatan yang korang dapat adalah haram kerana:

  1. Nombor ekor memang sah judi dan haram disisi agama islam
  2. Korang merosakkan masyarakat dengan menggalakkan berjudi
  3. Korang hipokrit

So bagi yang membaca Harian Metro, marilah kita boikot akhbar hipokrit ni.

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Lain at PjansDotNet

About the Author